Qanaah ialah menerima
dengan cukup.
Qanaah itu mengandung
lima perkara:
1.
Menerima dengan rela akan apa yang ada.
2.
Memohonkan kepada Tuhan tambahan yang
pantas, dan berusaha.
3.
Menerima dengan sabar akan ketentuan
Tuhan.
4.
Bertawakal kepada Tuhan.
5.
Tidak tertarik oleh tipu daya dunia.
Itulah yang dinamai
Qanaah, dan itulah kekayaan yang sebenarnya.
Rasulullah saw
bersabda:
"Bukanlah kekayaan
itu lantaran banyak harta,, kekayaan ialah kekayaan jiwa".
Artinya: Diri yang kenyang dengan
apa yang ada, tidak terlalu haloba dan cemburu, bukan orang yang meminta lebih
terus terusan. Kerana kalau masih meminta tambah, tandanya masih miskin.
Rasulullah saw bersabda
juga:
Artinya: "Qanaah itu adalah harta yang
tak akan hilang dan pura (simpanan) yang tidak akan lenyap". (HR. Thabarai
dari Jabir).
Orang
yang mempunyai sifat qanaah telah memagar hartanya sekadar apa yang dalam
tangannya dan tidak menjalar fikirannya kepada yang lain.
Barangsiapa
yang telah beroleh rezeki, dan telah dapat yang akan dimakan sesuap pagi sesuap
petang, hendaklah tenangkan hati, jangan merasa ragu dan sepi. Tuan tidak
dilarang bekerja mencari penghasilan, tidak disuruh berpangku tangan dan malas
lantaran harta telah ada, kerana yang demikian bukan qanaah, yang demikian
adalah kemalasan. Bekerjalah, kerana manusia dikirim ke dunia buat bekerja,
tetapi tenangkan hati, yakinlah bahawa di dalam pekerjaan itu ada kalah dan
menang. Jadi tuan bekerja lantaran memandang harta yang telah ada belum
mencukupi, tetapi bekerja lantaran orang hidup tak boleh menganggur.
Intisari
pelajaran agama ialah menyuruh qanaah itu, qanaah hati, bukan qanaah ikhtiar.
Sebab itu terdapatlah dalam masa sahabat-sahabat Rasulullah saw, orang
kaya-kaya, ber-uang,
berharta berbilion, berumah
mewah, berunta banyak, memperniagakan
harta benda keluar negara, dan mereka qanaah juga. Faedah qanaah amat besar di
waktu harta itu terbang dengan tiba-tiba.
Sri
baginda ratu Belanda Wilhelmina seorang ratu yang masyhur mempunyai pendirian
qanaah ini. Puteri Yuliana, disuruh mempelajari segala macam kepandaian yang
perlu untuk menjaga hidup sehari-hari, disuruh belajar menjahit, memasak,
menyulam dan lain-lain. Ketika ditanyai orang kepada baginda apa maksud yang
demiian, baginda menjawab kira-kira demikian.
"Tipu
daya dunia tak dapat dipercayai, ini hari kita dipujuknya, besok mana tahu kita
diperdayakannya, sebab itu kita tak boleh harap dengan yang ada, dan tak boleh
cemas menempuh apa yang akan terjadi".
Maksud
qanaah itu amatlah luasnya. Menyuruh percaya yang betul-betul akan adanya
kekuasaan yang melebihi kekuasaan manusia, menyuruh sabar menerima ketentuan
Ilahi jika ketentuan itu tidak menyenangkan diri, dan bersyukur jika
dipinjamiNya nikmat, sebab entah terbang pula nikmat itu kelak. Dalam hal yang
demikian disuruh bekerja, kewajipan belum berakhir. Kita bekerja bukan lantaran
meminta tambahan yang telah ada dan tak merasa cukup pada apa yang dalam
tangan, tetapi kita bekerja, sebab orang hidup mesti bekerja.
Itulah maksud qanaah.
Nyatalah
salah persangkaan orang yang mengatakan qanaah ini melemahkan hati, memalaskan
fikiran, mengajak berpangku tangan. Tetapi qanaah adalah modal yang paling
teguh untuk menghadapi penghidupan, menimbulkan kesungguhan hidup yang
betul-betul (enerti) mencari rezeki. Jangan takut dan gentar, jangan ragu-ragu
dan syak, mantapkan fikiran, teguhkan hati, bertawakal kepada Tuhan,
mengharapkan pertolonganNya, serta tidak merasa kesal jika ada keinginan yang tidak
berhasil, atau yang dicari tidak dapat.
Kenapa
kita ragu-ragu, padahal semuanya sudah tertulis lebih dahulu pada azal, menurut
jalan sebab dan musabab. Ada orang yang putus asa dan membuat bermacam-macam
'boleh jadi' terhadap Tuhan. Dan berkata:
"Boleh
jadi saya telah ditentukan bernasib buruk, apa guna saya berikhtiar lagi. Boleh
jadi saya telah ditentukan masuk neraka, apa guna saya bersembahyang".
Ini
namanya syu'uahan, jahat sangka dengan Tuhan, bukan husnus zhan, baik sangka.
Lebih baik merdekakan fikiran diri dari syu'uzhan itu. Faham demikian tidak
berasal dari pelajaran agama, tetapi dari pelajaran falsafah yang timbul
setalah ulama-ulama Islam bertengkar-tengkar tentang takdir, tentang azali,
tentang qadha dan qadar.
Tak
mungkin Allah akan begitu kejam, menentukan saja seorang mesti masuk neraka,
padahal dia mengikut perintah Allah?
Kembali
kepada qanaah tadi, maka yang sebaik-baiknya ubat buat menghindarkan segala
keraguan dalam hidup, ialah berikhtiar an percaya kepada takdir. Hingga apa pun
bahaya yang datang kita tidak syak dan ragu Kita tidak lupa ketika untung, dan
tidak cemas ketika rugi. Siapa yang tidak berperasaan qanaah, artiya dia tak percaya takdir, tak
sabar, tak tawakal. Mesti tak dapat dia tak percaya takdir, tak sabar, tak
tawakal. Mesti tak dapat tidak, fikirannya kacau, lekas marah,penyusah, dan
bilamana tidak, fikirannya kacau, lekas marah, penyusah,dan bilamana beruntung
lekas pembangga. Dia lari dari yang ditakutiya, tetapi yang ditakuti itu
berdiri di muka pintu, sebagaimana orang yang takut mengingat-ingat, barang
yang diingat-ingat, kian dicubanya melupakan teringat itu, kian teguh dia
berdiri di ruang matanya.
Ini
semuanya tidak terjadi pada orang beriman yang ridha menerima apa yang tertentu
dalam azal. Meskipun susah atau senang, miskin atau kaya, semua hanya pada
pandangan orang luar. Sebab dia sendiri adalah nikmat, dan kekayaan dalam
perbendaharaan yang tiada ternilai harganya, 'pada lahirnya azab, pada batinnya
rahmat'. Jika ditimpa susah, dia senang sebab dapat mengingat kelemahan dirinya
dan kekuatan Tuhannya, jika dihujani rahmat, dia senang pula, sebab dapat
bersyukur.
Qanaah,
adalah tiang kekayaan yang sejati. Gelisah adalah kemiskinan yang sebenarnya.
Tidak dapatlah disamakan lurah dengan bukit, tenang dengan gelisah, kesusahan
dan kesukaan, kemenangan dan kekalahan, putus asa dan cita-cita. Tak dapat
disamakan orang yang sukses dengan orang yang muflis.
Keadaan-keadaan
yang terpuji itu terletak pada qanaah, dan semua yang tercela ini terletak pada
gelisah.
sumber : http://calipso-tasaufmoden.blogspot.com/2008/10/pengertian-qanaah.html
akhukum fillah arif zainurrohman
akhukum fillah arif zainurrohman
0 komentar:
Posting Komentar